20 March 2011

Hilang di mata, hilang di hati

Shallom semua.
Sudah sekian lama laman blog belia ini tidak dikemaskini. Minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengunjungi laman ini dan mendapati tiada apa-apa perubahan sejak Juntahun 2009. Tiada kata yang boleh diucap untuk membela diri tetapi mengakui itu kelemahan manusiawi, selalu dihambat oleh kesibukan sana dan sini. Diharapkan anda yang masih setia menjenguk laman web ini walau sesaat dapat memberi sokongan doa agar pihak kami dapat sentiasa mengemaskini laman ini. Please, bear with us, for the sake of brotherhood and sisterhood in Christ. Your support, each and every one of you means everything to us. May God bless you bountifully for your graceful support to us.
Kali ini, saya ingin mengongsikan suatu perkara kepada rakan-rakan semua, sesiapa sahaja yang masih sudi singgah di laman ini. Dalam satu buku yang saya pernah baca berjudul "Rich Dad, Poor Dad" ada satu pernyataan yang menarik perhatian saya, di mana penulis menyatakan bahawa manusia berada dalam perlumbaan untuk mendahului satu sama lain terutama dari segi ekonomi bagi tujuan kelangsungan hidup di dunia yang semakin mencabar ini. Walau buku tersebut adalah berkenaan dengan perancangan ekonomi kehidupan, tetapi pernyataan tersebut ternyata sangat jelas dan benar. Dan oleh kerana perlumbaan yang dimaksudkan itu, kita terlalu sibuk dengan kehidupan kita. Saya juga terperangkap dalam kesibukan yang sama. Sibuk untuk maju kedepan, sibuk untuk memastikan tidak lemas dalam kesusahan di dunia, sibuk memenuhi keperluan emosi, sosial dan sebagainya. Dan menurut buku tersebut kaedah konvensional biasanya pasti menguras tenaga dan masa yang berharga dalam tempoh yang lama dimana akhirnya hasil yang diperoleh adalah tidak seberapa. Memang benar, berapa ramai orang yang anda ketahui menyimpan wang dalam bank boleh menjadi kaya dalam tempoh 20, 30, 50 tahun? Sentiasa tidak mencukupi. Berapa banyak pun tunai yang kita ada sentiasa tidak mencukupi. Keperluan manusia nampaknya makin hari semakin besar. tetapi benarkah itu keperluan? Atau itu adalah kehendak yang ditafsir sebagai keperluan? Berapa banyakkah sebenarnya keperluan manusia?
Oleh kerana banyaknya keperluan yang perlu dipenuhi maka banyaklah masa yang diguna dan tenaga yang dicurah untuk memastikan keperluan tersebut dijaga. Lalu bagaimana dengan keperluan yang satu lagi, keperluan yang sering terabai walau di mulut diucapkan itulah yang terutama, keperluan spiritual? Lebih spesifiknya, keperluan spiritual peribadi. Bagaimanakah hubungan anda dengan Yesus akhir-akhir ini? Adakah dia berada di nombor 1 speed dial di hp mu atau berada di kotak K.I.V mu? Sudah bertambah besarkah kabel mu dengan Dia?
Soalan yang sudah lali kita dengar bukan? Tetapi harus dihadapi. Kerana kita bukan lagi berada di masa pemanasan badan sekarang ini, bukan juga masa untuk bersedia lari, tetapi sudah harus pecut menghampiri garis penamat. Demikian lah posisi kita sekarang. Tinggalkan bubur mu dan mulai lah makan nasi yang keras. Perkara ini sudah disentuh oleh Pengerusi saudara Jasman Justin lama dahulu, jadi sekarang saya hanya ingin mengingatkan kembali perkara tersebut. Bagaimana pula dengan hubungan kita semua belia? Hubungan dan jaringan sesama kita tidak kira di mana kita berada juga sangatlah penting. Itulah gunanya email, laman web seperti ini dan sudah semestinya yang paling popular sekarang ini Facebook. Semua orang ada Facebook, penggunaan Facebook sekarang melebihi penggunaan telefon bimbit @ hp. Telefon rumah/pejabat jauh sekali. Tetapi dengan adanya semua teknologi canggih di hujung jari kita semua, saya tertanya kenapa jarak masih jauh? Komunikasi masih sukar? Soalan ini bertujuan untuk meminta rakan belia semua memikir bersama kenapa jadi begitu? Mungkinkah berbalik lagi kepada kesibukan tadi?
Saya bersyukur melihat ramai belia dapat berhubung melalui facebook, buktinya banyak group-group peribadi diwujudkan dalam facebook dan ramai belia menjadi ahlinya dan ramai yang aktif menggunakannya. Jadi bagaimana dengan yang selebihnya yang masih sukar dihubungi dan berhubung? Bagaimanakah menangani kekangan ini?
Semua ini saya kongsikan kerana saya mendapati masih ada rakan kita yang tidak tahu kewujudan laman web ini. Bagi yang tahu, saya minta tolong sebarkanlah kewujudan kita. Laman web ini masih lagi milik kita bersama. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menggesa rakan belia semua mendaftarlah sebagai belia bagi memastikan anda termasuk dalam banci belia pusat. Sekiranya terjumpa di mana-mana biarlah kita ada persekutuan, kerana demikianlah harus orang-orang yang percaya menjaga persekutuan mereka di dalam Tuhan. Biarlah hubungan kita semua walau hilang di mata tetapi tidak hilang di hati. Walau sibuk dalam hidup, tetapi hidup tidak dilupakan. Doa saya agar kita semua bersatu dalam Tuhan.
Tuhan memberkati semua. Salam damai dan kasih dalam Tuhan.

16 June 2009

SUSUNAN EXCO DAN PORTFOLIO BELIA PCS PUSAT SESI 2008-2012

Penaung
Pdt. Makansim Sikawal
Ketua Bidang PWG

Pengerusi
Jasman Justin Abui
Unit Oikumenie dan Protokol

Timbalan Pengerusi
Tadius Joseph Saul
Unit Pengembangan Belia

Setiausaha
Raidith Robert
Unit Urusetia

Penolong Setiausaha
Satina Suri
Unit Hal Ehwal Belia Wanita

Bendahari
Angeline Lok Lee La
Unit Kebendaharaan

AJK
Elvis Dalok
Unit Doa

Jaslin Garim @ Okirim
Unit Penginjilan dan Team Misi

Jimmy Masarap
Unit Pengembangan Ibadah

Rickson Matangan
Unit Pelayanan Remaja

Losaba Mosuri
Unit Pelayanan Sosial

Jastin Gapas
Unit Informasi
Unit Penginjilan dan Misi Kawasan 5


AJK Penuh
Bius Motidong
Unit Penginjilan dan Misi Kawasan 1

Larry Andang
Unit Penginjilan dan Misi Kawasan 2

Jaman Enul
Unit Penginjilan dan Misi Kawasan 3

Jonrim Minsi
Unit Penginjilan dan Misi Kawasan 4

Juru Audit
Pdt. Torido Rumanggong
Bendahari Umum PCS


Gambar semasa mesyuarat AJK Belia Pusat kedua pada 8 Jun 2009 di TGP



Jastin G. M
Unit Informasi Belia PCS Pusat
Update Jun 2009

18 May 2009

CATATAN HARI PERTAMA KONFERENSI BELIA ASIA

Selamat bertemu saudara-saudara.
Catatan ini adalah untuk dikongsikan kepada saudara-saudara.

Tarikh : 18 Mei 2009
Hari ini delegasi daripada gereja-gereja Misi 21 selamat tiba di Resort Bay View, Simpang Mengayau, Kudat. Jumlah perwakilan dari luar negara adalah seramai 12 orang saja, jumlah yang sebenarnya sangat kecil berbanding senarai awal. Campur dengan perwakilan BCCM dan PCS, jumlahnya sebanyak 27 orang. Apapun, perwakilan luar tiba dengan rasa gembira, maklumlah rata-rata tak pernah berpijak di Simpang Mengayau, salah satu penghujung dunia Borneo. Pujian tentang keindahan ciptaan Tuhan meniti pada setiap bibir mereka meskipun cuaca mendung disertai hujan renyai-renyai menyambut ketibaan delegasi. Ada yang tak sabar nak mandi air laut, yang tenang dan membawa damai kepada pengunjung. Para perwakilan luar sungguh teruja, lebih-lebih lagi ketibaan mereka disambut dengan makan tengahari. Sungguh seronok makan di tepi laut dengan hidangan masakan kampung.

Program hari ini dimulai dengan Kebaktian Pembukaan disusuli ucapan-ucapan. Presiden Misi Asia 21 di Asia, Pdt. Nico Gara menyentuh beberapa perkara berkaitan keadaan dunia keKristianan masa kini. Antaranya :
1. Orang Kristian (Gereja) masa kini tidak lagi menjadi garam dan terang kepada dunia, tetapi dunia telah menggarami dan menerangi orang Kristian. Semuanya berpunca daripada pengaruh globalisasi.
2. Konflik antara manusia dengan alam sekitar adalah konflik manusia kepada Allah, dan selain konflik manusia sesama manusia masa kini. Kedua-dua konflik ini melibatkan orang Kristian di luar kesedaran, dan sesungguhnya tidak menguntungkan dari aspek kesaksian dan penatalayanan. Apatah lagi kelangsungan Injil.
3. Hubungan oikumenie antara gereja tidak melambangkan persaudaraan sepenuhnya. Nampak ada kesatuan jika ada program pertemuan antara gereja, tetapi apabila di lapangan pelayanan, gereja sentiasa berkonflik sesama.
4. Gereja di Asia masih tidak cukup berani untuk keluar dari aspek kerohanian. Terlalu mementingkan hal-hal yang rohani saja. Namun begitu, kurang terlibat dengan aspek-aspek lain seperti politik.

Selepas ucapan, maka menyusul pula laporan dari Ketua Belia Asia, Cik Junita Politon. Beliau melaporkan tentang aktivitinya sebagai Ketua Belia. Melihat kepada senarai aktiviti beliau, sungguh sibuk sekali. Manakan tidak, harus selalu ke luar negara menyertai pelbagai meting.

Sehingga jam 9.00 malam, program diisi dengan pelaporan isu-isu dari setiap negara. Hebat juga para belia Asia ni, menggunakan kemudahan persembahan Power Point ketika pembentangan. Antara isu setiap negara:
1. Malaysia
- Banyak belia beralih kepada agama seberang.

2. Taiwan
- Tumpuan gereja bukan setakat kerohanian, tetapi terlibat dalam pembinaan masyarakat keseluruhan.

3. Hong Kong
- Orang Kristian terdedah dan terlibat dengan penagihan najis dadah. Peratusannya sungguh menggerunkan.

Sekian catatan hari pertama.

Salam.
Jasman Justin

05 May 2009

KONFERENSI BELIA ASIA

Selamat bertemu kembali. Semoga saudara-saudari sihat-sihat sahaja.

Nah, seperti diuar-uarkan sebelum ini, bahawa Gereja PCS diberi mandat oleh Misi 21 sebagai Tuan Rumah bagi penganjuran Konferensi Belia Asia. Pihak Komiti Misi 21 di Asia telah menetapkan tarikh 18-20 Mei ini sebagai tarikh pelaksanaan. Tarikh ini sebenarnya sangat serentak dengan Konferensi Wanita Asia yang dimandatkan pula oleh Misi 21 di Asia kepada Gereja BCCM sebagai Tuan Rumah. Sebaik kedua-dua konferensi ini selesai, maka menyusul pula Persidangan Umum (Sinode) Misi 21 di Asia pada 21-25 Mei, di Kota Kinabalu, dikendalikan oleh Gereja BCCM sebagai Tuan Rumah.

Di pihak gereja kita, khususnya Persekutuan Belia PCS, mandat ini diterima dengan besar hati. Mandat ini memberi peluang kepada kita untuk mengurus aktiviti peringkat antarabangsa. Memang banyak perkara yang mencabar, tetapi itu adalah sebahagian daripada proses. Atas nasihat Setiausaha Agung PCS yang juga ahli Komiti Belia Asia, konferensi tersebut bakal diadakan di sebuah resort yang terletak di Tip Of Borneo, Sempang Mengayau.

Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara Asia(lapan denominasi) memberi komitmen untuk menghantar perwakilan ke Konferensi Belia tersebut. Dianggarkan sebanyak 40 peserta akan menjayakan konferensi ini. Perlu dimaklumkan bahawa konferensi ini bukanlah seperti penyegaran iman yang selalu kita anjurkan. Pengisian program bukanlah juga tentang khotbah, tetapi lebih kepada mesyuarat agung, pelaporan, dan perbincangan tentang tajuk-tajuk yang bakal melahirkan satu resolusi, pemilihan Komiti Belia Asia yang baru dll. Jadi, saudara-saudara dapat bayangkan bagaimana suasana konferensi tersebut.

Tentang wakil belia PCS pula, hanya 10 orang sahaja kuota perwakilan. 5 daripada mereka ialah peserta tetap, ikut sepenuhnya persidangan/mesyuarat. Manakala 5 lagi adalah ialah petugas urusetia. Kami telah pun menetapkan wakil-wakil tersebut. Maka, kami amat minta maaf andai ada di antara saudara-saudara yang berminat tetapi tidak terpilih. Namun begitu, jika saudara-saudara ada kesempatan, bolehlah datang sebagai pemerhati. Kami sangat menghargai sokongan saudara-saudara.

Akhir sekali, konferensi ini memerlukan biaya yang banyak. Memang ada peruntukan daripada pihak Misi 21 dan pihak PCS Pusat, termasuk sumbangan dari Persekutuan Belia Pusat sendiri. Namun begitu, kami masih berusaha mencari dana sebanyak RM2000 sahaja untuk menampung beberapa perbelanjaan lain. Maka, jika ada di antara saudara-saudara berasa terbeban dan terpanggil untuk membantu, kami amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan tersebut. Sumbangan saudara-saudara boleh dimasukkan ke dalam Akaun Maybank atas nama Persekutuan Belia Pusat PCS, no. 1100 6810 7914. Jangan lupa untuk hubungi kami jika saudara-saudara sudah selesai memasukkan sumbangan tersebut.

Sekian. Tuhan memberkati saudara-saudara.

Jasman Justin
Pengerusi.

22 March 2009

SETUJUKAH ANDA?

Salam kasih kepada saudara-saudara belia.

Isu yang dikemukakan di sini hanyalah sekadar mengajak para belia untuk merenung kembali situasi gereja kita sejak 26 tahun lalu. Tidak ada niat untuk mencari kesalahan atau menyalahkan, sekadar kita berkongsi tentang suatu peristiwa dalam gereja kita. Peristiwa itu adalah sejarah. Tidak salah untuk belajar dari sejarah kerana sejarah itu akan memberi kita ikhtibar untuk melangkah kepada harapan dan visi bersama.

Seawal tahun 1980-an, tanda-tanda perpecahan dalam gereja kita mulai mekar. Warga gereja bangsa momogun ini mulai dilanda tuntutan perubahan rohani. Sedikit demi sedikit konflik berlaku antara umat dan pemimpin atasan. Soalnya, generasi muda mahukan perubahan dalam soal penyembahan ibadah, menolak cara penyembahan ibadah yang bersifat tradisional. Generasi tua pula tetap mempertahankan pendirian. Maka, banyaklah perkataan demi perkataan diucapkan oleh lidah umat kita ; tiada roh kuduslah, batu sandungan, sesat, dll.macam-macam ada. Ringkasnya, kemuncak daripada pertikaian pendapat itu ialah perpecahan umat gereja ini sehingga muncullah gereja-gereja baru bangsa momogun. Sehingga ke tahun 2009 ini pula, pertikaian penyembahan ibadah tetap masih kedengaran walaupun semakin sedikit ; ada yang terus-terusan membangkang aktiviti belia terutama KKR, Kebaktian Penyegaran Iman. Ada pula persekutuan peringkat jemaat yang dilarang-larang.

Siapakah yang menyebabkan kerosakan pada kesatuan itu? Nah, inilah kesimpulan persoalan yang kami dapat dalam satu pertemuan dengan konsulat Misi 21 pada 19 Mac 2009 lalu. Rasa ditempelak pula kerana persoalan itu benar-benar menimpa muka belia. Menurut Saudara Konsultan Misi 21, perpecahan itu adalah ulah daripada sikap belia ; yang memulakannya adalah sekelompok belia dan pengaruh sekelompok belia itulah yang kemudiannya melakar kelangsungan sejarah gereja PCS. Benarkah begitu? Jika direnung semacam ada kebenarannya, tapi melihat dari sudut lain, apakah memang hal ini suatu rencana ilahi untuk mematangkan bangsa kita dan mematangkan gereja PCS? Atau adakah kebenaran lain? Jawabannya ada pada minda saudara-saudara. Bagi saya, Yoel 2 : 28-30 adalah jawapannya.

Jadi, saudara-saudara belia, saya sudah katakan tadi bahawa hal ini hanyalah sebagai renungan kita untuk lebih bersama-sama berpartisipasi membangun gereja yang telah dipertanggungjawabkan kepada bangsa kita. Saya menyanjung dan bangga jika kita, para belia dapat berjalan bersama-sama dengan mana-mana peringkat kepimpinan. Tidak ada pihak yang akan ketinggalan atau ditinggalkan. Sama-sama jalan. Yang penting ba itu ialah mari kita amalkan sikap suka berdialog/diskusi, biarpun dialog itu harus berpanjangan atau ada yang mungkin tidak puas hati dengan sesuatu keputusan.

Sekadar cadangan. Jika ada antara siswa-siswi STS yang mahu membuat kertas projek (Thesis), saya rasa perkara ini dapat dijadikan tajuk dan bahan kajian.

Sekian. Tuhan memberkati saudara-saudara.

12 March 2009

BELIA PUSAT PATAH SAYAP

Shalom Kepada Semua Belia PCS.

Pada 11 Mac 2009 kita sangat dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Admin blog ini, iaitu saudara Nimrod Jimmy Ojilim, anak kepada Presiden PCS Pdt. Jimmy Asam dan Tim. Pengerusi Belia PCS Pusat. Lebih dikenali sebagai Aryst dalam forum www.gpcs.com telah mendapat kemalangan pada tengah malam 10 Mac 2009 di Kg. Lajong Kudat. Beliau telah telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Kita doakan kesejahteraan beliau bersama Bapa di sana. Tuhan memberkati.

Belia Pusat sangat berasa akan kehilangan beliau. Sumbangan beliau dalam perjuangan Belia Pusat tidak ternilai. Walaupun sangat sibuk dengan urusan pekerjaan, beliau tetap bekerja keras untuk merealisasikan pelayanan belia. Beliau seorang yang rajin dan sungguh-sungguh. Sangat susah untuk mencari seorang pemimpin seperti beliau. Itu sebabnya, Jawatankuasa Belia Pusat seperti kehilangan sayap.

Bagi menghormati pemergian beliau dan menghormati keluarganya (Pdt. Jimmy - Presiden PCS, Puan Raidith-isteri, Setiausaha Belia Pusat), maka aktiviti terdekat iaitu Mini Konferensi Umum PCS Kawasan 1 (Banggi, Bandar Kudat, Kudat Utara, Sikuati, Kudat Selatan & Tinangol) ditangguhkan ke tarikh yang belum diputuskan. Keputusan dibuat setelah Belia Pusat menerima nasihat dan pandangan daripada tua-tua gereja dan pemimpin-pemimpin senior belia.

Sekian. Tuhan memberkati kita semua.

Salam dari saya,

Jasman B. Justin
Pengerusi.

04 March 2009

AKTIVITI TERDEKAT BELIA PCS!

Shallom dalam nama Tuhan Yesus Kristus,

Setelah sekian lama menyepi dari sebarang berita, kami di PBPCS ingin memaklumkan aktiviti atau program akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Pertama, mini konferensi UMUM kawasan 1 yang akan diadakan pada 20 Mac 2008, bersamaan hari Jumaat di Dewan PCS, Taman Gereja Pusat. Mini konferensi ini mengambil tema gereja, Kemandirian Gereja Tanggungjawab Kita sebagai tema besar dan ianya memang relevan untuk kita gunakan dalam program-program kita. Mini konferensi ini akan bermula pada pukul 2.00 petang dengan sesi yang diberi tajuk Globalisasi dan Kekristenan yang akan dikupas oleh Ev. Maklin Masiau, EXCO Pembangungan dan Penyelidikan PCS. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Gereja Pekan Pitas yang kian berkembang sekarang.

Kemudian, pada waktu malam, KKR akan dihidangkan dengan suatu tema khusus iaitu 'Hidup Dalam Kekudusan'. Tema ini akan dikupas oleh Pdt. John Kondo. Ini pasti akan menbangunkan dan menyegarkan iman kita semua. Pastikan anda datang beramai-ramai ke Mini Konferensi ini yang akan dijalankan julung-julung kali ini.

*Update Terkini: Kami terlupa memberitahu bahawa terdapt yuran untuk Mini Konferensi ini dan yurannya hanya RM 5.00 sahaja. Yuran ini juga akan digunakan untuk menampung belanja makan malam yang akan disediakan oleh pihak penganjur. Masa mendaftar adalah sebelum jam 2.00 petang, iaitu sebelum sesi pertama bermula.

Kemudian, pada bulan Mei, gereja PCS akan menjadi tuan rumah bagi Youth Conference (YC) bagi Asia Fellowship of Mission 21, di mana PBPCS diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara ini sepenuhnya. Tarikh YC ini adalah pada 18 hingga 20 Mei 2009. Semua belia adalah dipelawa untuk menyertai YC ini. Kita akan bersama-sama peserta dari Jepun, Hong Kong, China, Indonesia, Papua dan beberapa lagi belia2 dari negara di Asia. Satu keperluan utama untuk YC ini adalah anda hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

So, for those who are interested to attend this YC, be prepare mentally and verbally. By verbal, I mean, start using English as one the language that you use to interact. But don't worry, their English is a bad as us. Some of us are better in pronounciation than them.

Jadi, inilah dua event besar yang akan dilaksanakan oleh PBPCS. Kami berharap agar kita mengambil bahagian dalam kedua-dua acara ini.

15 February 2009

Informasi Terkini Daripada Semenanjung!

Shallom kepada para pengunjung blog ini. Pada hari ini, dengan sukacitanya, kami ingin berkongsi maklumat yang ingin disampaikan oleh jemaat di gereja PCS Shah Alam. Saudara Jerry Christ telah menghantar sms kepada kami dan beliau memaklumkan tentang suatu Kebaktian Kebangunan Rohani yang akan berlangsung di sana. Berikut butirannya:

Tema: Membangun Jemaat Atas Dasar Iman
Tempat: Gereja PCS Tmn. Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam
Pengkhotbah: Bapak Pendeta Ferri
Tarikh: 01.03.2009 (Ahad)
Masa: 10 a.m - 1 p.m

Jadi, kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat ini, silalah luangkan masa untuk mengikuti KKR ini. Anda pasti disegarkan. Immanuel!