Sudah sekian lama laman blog belia ini tidak dikemaskini. Minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengunjungi laman ini dan mendapati tiada apa-apa perubahan sejak Juntahun 2009. Tiada kata yang boleh diucap untuk membela diri tetapi mengakui itu kelemahan manusiawi, selalu dihambat oleh kesibukan sana dan sini. Diharapkan anda yang masih setia menjenguk laman web ini walau sesaat dapat memberi sokongan doa agar pihak kami dapat sentiasa mengemaskini laman ini. Please, bear with us, for the sake of brotherhood and sisterhood in Christ. Your support, each and every one of you means everything to us. May God bless you bountifully for your graceful support to us.
Kali ini, saya ingin mengongsikan suatu perkara kepada rakan-rakan semua, sesiapa sahaja yang masih sudi singgah di laman ini. Dalam satu buku yang saya pernah baca berjudul "Rich Dad, Poor Dad" ada satu pernyataan yang menarik perhatian saya, di mana penulis menyatakan bahawa manusia berada dalam perlumbaan untuk mendahului satu sama lain terutama dari segi ekonomi bagi tujuan kelangsungan hidup di dunia yang semakin mencabar ini. Walau buku tersebut adalah berkenaan dengan perancangan ekonomi kehidupan, tetapi pernyataan tersebut ternyata sangat jelas dan benar. Dan oleh kerana perlumbaan yang dimaksudkan itu, kita terlalu sibuk dengan kehidupan kita. Saya juga terperangkap dalam kesibukan yang sama. Sibuk untuk maju kedepan, sibuk untuk memastikan tidak lemas dalam kesusahan di dunia, sibuk memenuhi keperluan emosi, sosial dan sebagainya. Dan menurut buku tersebut kaedah konvensional biasanya pasti menguras tenaga dan masa yang berharga dalam tempoh yang lama dimana akhirnya hasil yang diperoleh adalah tidak seberapa. Memang benar, berapa ramai orang yang anda ketahui menyimpan wang dalam bank boleh menjadi kaya dalam tempoh 20, 30, 50 tahun? Sentiasa tidak mencukupi. Berapa banyak pun tunai yang kita ada sentiasa tidak mencukupi. Keperluan manusia nampaknya makin hari semakin besar. tetapi benarkah itu keperluan? Atau itu adalah kehendak yang ditafsir sebagai keperluan? Berapa banyakkah sebenarnya keperluan manusia?
Oleh kerana banyaknya keperluan yang perlu dipenuhi maka banyaklah masa yang diguna dan tenaga yang dicurah untuk memastikan keperluan tersebut dijaga. Lalu bagaimana dengan keperluan yang satu lagi, keperluan yang sering terabai walau di mulut diucapkan itulah yang terutama, keperluan spiritual? Lebih spesifiknya, keperluan spiritual peribadi. Bagaimanakah hubungan anda dengan Yesus akhir-akhir ini? Adakah dia berada di nombor 1 speed dial di hp mu atau berada di kotak K.I.V mu? Sudah bertambah besarkah kabel mu dengan Dia?
Soalan yang sudah lali kita dengar bukan? Tetapi harus dihadapi. Kerana kita bukan lagi berada di masa pemanasan badan sekarang ini, bukan juga masa untuk bersedia lari, tetapi sudah harus pecut menghampiri garis penamat. Demikian lah posisi kita sekarang. Tinggalkan bubur mu dan mulai lah makan nasi yang keras. Perkara ini sudah disentuh oleh Pengerusi saudara Jasman Justin lama dahulu, jadi sekarang saya hanya ingin mengingatkan kembali perkara tersebut. Bagaimana pula dengan hubungan kita semua belia? Hubungan dan jaringan sesama kita tidak kira di mana kita berada juga sangatlah penting. Itulah gunanya email, laman web seperti ini dan sudah semestinya yang paling popular sekarang ini Facebook. Semua orang ada Facebook, penggunaan Facebook sekarang melebihi penggunaan telefon bimbit @ hp. Telefon rumah/pejabat jauh sekali. Tetapi dengan adanya semua teknologi canggih di hujung jari kita semua, saya tertanya kenapa jarak masih jauh? Komunikasi masih sukar? Soalan ini bertujuan untuk meminta rakan belia semua memikir bersama kenapa jadi begitu? Mungkinkah berbalik lagi kepada kesibukan tadi?
Saya bersyukur melihat ramai belia dapat berhubung melalui facebook, buktinya banyak group-group peribadi diwujudkan dalam facebook dan ramai belia menjadi ahlinya dan ramai yang aktif menggunakannya. Jadi bagaimana dengan yang selebihnya yang masih sukar dihubungi dan berhubung? Bagaimanakah menangani kekangan ini?
Semua ini saya kongsikan kerana saya mendapati masih ada rakan kita yang tidak tahu kewujudan laman web ini. Bagi yang tahu, saya minta tolong sebarkanlah kewujudan kita. Laman web ini masih lagi milik kita bersama. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menggesa rakan belia semua mendaftarlah sebagai belia bagi memastikan anda termasuk dalam banci belia pusat. Sekiranya terjumpa di mana-mana biarlah kita ada persekutuan, kerana demikianlah harus orang-orang yang percaya menjaga persekutuan mereka di dalam Tuhan. Biarlah hubungan kita semua walau hilang di mata tetapi tidak hilang di hati. Walau sibuk dalam hidup, tetapi hidup tidak dilupakan. Doa saya agar kita semua bersatu dalam Tuhan.
Tuhan memberkati semua. Salam damai dan kasih dalam Tuhan.



